Monday, October 26, 2015

EMPLOYABILITY SKILLS (MENGURUS AKRTIVITI KERJA)

TOPIK: MENGURUS AKRTIVITI KERJA
1          1. MEMAHAMI SKOP KERJA
a)      perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti tugasan yang akan dilakukan, keja-kerja dan tanggungjawab yang diberikan.
b)      tajuk kerja mestilah menunjukkan dengan jelas fungsi sesuatu tugasan yang akan dilaksanakan.
c)      matlamat kerja perlu menerangka. tugasan secara menyeluruh dengan jelas.

      2. MENGENALPASTI HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHANNYA
a)      Fikirkan dengan teliti hasil kerja yang penting untuk anda dan catatkan dengan terperinci.
b)      Pecahkan setiap matlamat kepad aktivit-aqktiviti, kenalpasti langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut.
c)       Produktiviti pekerja dalaha ukuran pencapaian kecekapan dan keberkesanan seorang pekerja dalam sesuatu pekerjaan.
d)      Sikap nilai melalui rasa suka atau tidak suka terhadap benda, individu atau situasi.

konsep sikap boleh difahami melalui tiga komponen:
1.        Komponen kognitif = sikap yang merangkumi kepercayaan, pendapat, pengetahuan dan maklumat yang ada pada seseorang individu.
2.        Komponen afektif = sikap yang melibatkan emosi atau perasaan.
3.        Komponen perilaku = keinginan untuk kelakuan dalam cara tertentu terhadap seseorang atau sesuatu.

       3. MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG SESUAI
Apabila diteliti sebuah organisasi dan bagaimana ia beroperasi, dapat dilihat ia merangkumi ribuan tuagasan, tugasan-tugasan ini kemudiannya digabung menjadi kerja-kerja yang lebih besar.

3.1   PERLUASAN KERJA ( JOB ENLARGEMENT)
*      Perancangan kerja menjurus kepada menjadikan kerja-kerja lebih kecil dan khusus. Salah satu usaha terawal untuk menyelesaikan masalah pengkhususan ialah dengan melibatkan peluasan kerja secara horizontal iaitu dengan menambah skop keraj. Selain itu, usaha-uasaha yang dilakukan dalam perluasan tugasan tidak akan menghasilkan keputusan yang hebat.

3.2   PENGAYAAN PEKERJAAN (JOB ENRICHMENT)
*      Pendekatan lain dalam mereka bentuk pekerjaan yang bermotivasi ialah melalui perluasan kerja secara vertical iaitu dengan menambah tanggungjawab untuk merancang dan mentafsir. Dengan kata lain, pekerja dipertanggungjawabkan untuk melakukan beberapa tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh pengurus mereka.
3.3   MODEL CIRI-CIRI KERJA (JOB CHARACTERISTICS MODEL/JCM)
*      Berdasarkan JCM, setiap kerja boleh digambarkan melalui 5 dimensi utama seperti yang tersenarai di bawah:
a)      Kepelbagaian kemahiran
b)      Pengenalan tugasan
c)       Signifikan tugasan
d)      Autonomi
e)      Makluma balas


       4. MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA
Kenalpasti apa yang hendak dilakukan
Perkara utamadalam memastikan hasil kerja yang hebat ialah dengan mengetahui apa yang perlu ditumpukan dan kebanyakan orang lebih menumpukan kepada kerja yang remeh yang tidak memberi kesan ke atas kualiti kerja mereka.

4.1   MELAKUKAN APA YANG ANDA MINAT.
Ø  Adalah penting untuk menyukai pekerjaan kerana ia akan memberi impak ke atas kehidupan anda dan sekiranya anda mengetahui dengan jelas apa yang anda suka dan tidak suka, anda akan mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

4.2   TUMPUAN KEPADA KEKUATAN DIRI
Ø  Adalah penting untuk anad mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dan salah satu cara adalah dengan menjalankan analisa SWOT (strength/ weakness/ opportunities/ threat).

4.3   MEMAHAMI BAGAIMANA UNTUK CEMERLANG DALAM PEKERJAAN ANDA.
Ø  Satu cara terbaik untuk memastikan yang anda berada di landasan yang betul ialah dengan mempunyai kesefahaman dengan majikan anda.

Tanyakan diri anda soalan-soalan berikut:
·         Apakah halatuju pekerjaan tersebut?
·         Apakah ukuran sebuah kejayaan?
·         Apakah pencapaian yang luar biasa?
·         Apakah keutamaan dan had waktu?
·         Apakah sumber-sumber yang tersedia?
·         Apakah kos yang diperuntukkan?
·         Bagaimana ini boleh dikaitkan dengan individu lain?
·         Apakah gambaran yang lebih luas untuk ruang kerja anda?

Sekiranya anda mempunyai jawapan untuk persoalan di atas, anda akan tahu bagaimana untuk melakukan kerja anda dengan betul.
1      5. TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
Pengurusan masa bukan sahaja bermaksud menguruskan masa kita, malahan ia adalah juga menegnai pengurusan diri kita sendiri. Ia berkaitan dengan keutamaan, kawalan situasi kendiri dan pengunaan masa.

1 comment:

  1. Betting Sites | Best Online Sports Betting Sites
    Online gambling is a form 텐벳먹튀 of gambling 더킹 바카라 that's available in a lot of jurisdictions 뭐 먹지 룰렛 around 셉인소 the world. It's often referred to as 'online gambling', which means 프리 벳 that

    ReplyDelete