Wednesday, October 28, 2015

EMPLOYABILITY SKILLS ( STARTEGI PENYELESAIAN MASALAH)

1. PENGENALAN

  • setiap masa dan setiap hari kita menyelesaikan masalah da membuat keputusan tidak kira di mana kita berada; di rumah, di tempat kerja, semasa bermain atau semasa di kedai runcit. setiap orang akan merasa lega atau hebat sekiranya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa perlu melalui kepayahan atau kesulitan.
2. KENALPASTI MASALAH
  • perkara pertama yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan masalah ialah dengan menyatakan masalah tersebut. ini dilakukan supaya semua yang terlibat dalam mencari penyelesaian kepada masalah mendapat maklumat sebenar dan kefahaman tentang perkara yang perlu dilakukan.
3. MENGANALISA SEBAB-SEBAB
  • sebaik sahaja masalah dikenalpasti, seterusnya perlu menganalisa penyebabnya. analisis ke atas penyebab kepada permasalaha sepatutnya menjurus kepad penyelesaiannya.
4. MEMBINA PENYELESAIAN ALTERNATIF
  • sebaik sahaja senua penyelesaian alternatif disenaraikan, perlu ada sikap terbuka kepad kemungkinan. berikan tumpuan kepada:
  1. perlu lebih maklumat (need more information)
  2. penyelesaian yang baru
  3. boleh digabung atau dibuang
  4. akan bertemu sesuatu yang berlawanan
  5. kelihatan seperti memberi harapan atau mengujakan
5. MEMILIH DAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK
  • penyelesaian pertama yang difikirkan tidak semestinya penyelesaian yang terbaik walaupun ia diterima oleh semuanya. adalah lebih baik sekiranya penyelesaian terbaik dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
6. MENILAI KESAN SESUATU PENYELESAIAN
  • peringkat terakhir dalam menyelesaikan masalah ilah menilai kesan penyelesaiannya. ini bermaksud mengumpul maklumat sejauh mana penyelesaian itu dapat dilaksanakan

No comments:

Post a Comment