Wednesday, April 22, 2015

PELAN RANGKAIAN

Pada hari khamis bersamaan 5 JANUARI 2015, kelas kami mempelajari tentang pelan rangkaian. Tujuan kami mempelajarinya pelan rangkaian ini ialah mentafsir pelan susun. Hal ini kerana, kami dapat mengetahui dimana penyusunan kabel-kabel rangkaian yang kami akan lakukan. Selain itu, kami juga dapat menentukan perancangan susun atur iaitu ‘layout plan’ rangkaian komputer yang sesuai. Akhir sekali kami akan mentafsir symbol rangkaian komputer.



11.0. pengenalan kepada pelan rangkaian :
pelan rangkaian ini ialah pemilihan tempat untuk mendirikan sebuah makmal komputer yang akan dibina. Oleh itu, perkara utama yang harus diberikan perhatian sebelum membawa masuk peralatan ke dalam makmal komputer ialah melihat reka bentuk dalaman makmal komputer tersebut. Selain itu, layout ataupun pelan adalah amat penting dalam pembangunan sistem rangkaian komputer. Ia dapat membantu dan memudahkan lagi untuk melihat kedudukan perkakasan yang akan dimasukkan ke dalam makmal komputer. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan kita untuk menentukan keluasan ruang akan diukur dan dapt mengesan kerosakan dengan cepat. 


12.0. 3 jenis pelan yang utama perlu disediakan.
#
Floor Plan ( Pelan Lantai ).
# Cabling and Network Infrastructure Layout.
# Electrical Infrastructure Layout.

2.1.
Floor Plan Layout.
- Adalah satu pelan yang menerangkan keadaan dalam sesebuah bilik atau bangunan yang akan dipasang dengan sistem rangkaian.

2.2. Cabling & Network Infrastructure Layout.
- Adalah satu pelan yang menerangkan keadaan pengkabelan sistem rangkaian dalam bilik atau bangunan tersebut.

2.3. Electrical Infrastructure Layout.
- Merupakan satu pelan yang digunakan berasaskan pelan lakaran pendawaian dan juga pelan lantai.

2 comments: